Skip to main content

Bola Sepak

Klopp yakin Coutinho akan kekal bersama Liverpool

16417coutinho.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak mengambil berat tentang masa depan Philippe Coutinho di Anfield di sebalik laporan yang mendakwa Barcelona berminat terhadap pemain itu.

Juara bertahan LaLiga, Barca, dipercayai kini memberi tumpuan terhadap Coutinho yang terus menyinar di Merseyside.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 24 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol dan membuat enam bantuan gol untuk membawa Liverpool naik ke tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dan Klopp yakin Coutinho akan kekal di Liverpool, sambil menegaskan bahwa bekas penyerang Inter Milan itu gembira di mana dia berada.

"Saya tidak bimbang kerana saya fikir Phil (Philippe Coutinho) sesuai dan selesa di sini," kata Klopp menjelang kunjungan Liverpool ke West Brom, malam ini.

"Saya rasa ia sebenarnya positif apabila mendapat minat (daripada pasukan lain). Ia menunjukkan pemain itu baik.

"Phil mempunyai masa yang sukar dengan kecederaan, kembali berjuang mencari prestasinya, dan saya mengatakan bahawa ia adalah normal.

"Dalam tiga perlawanan terakhir, anda boleh melihat serta-merta, apabila dia berada dalam prestasi agak baik, berapa besar perbezaan yang dia miliki dalam perlawanan.

"Itu yang menarik untuk kami. Tetapi saya tidak peduli (mengenai Barcelona) sebenarnya kerana kami memberikan pemain perspektif yang cukup bahawa pemain benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada rancangan untuk beberapa tahun akan datang."

Advertisement

Must Watch Video