Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, mendedahkan dia hampir membawa keluar Georginio Wijnaldum sebelum pemain tengah itu menjaringkan gol penting sewaktu menundukkan Sheffield United 1-0, semalam.
The Reds dilihat bergelut untuk menembusi benteng skuad bimbingan Chris Wilder itu dan tampak hanya mampu memungut satu mata buat kali pertama musim ini.
Pemain Belanda, Wijnaldum, memastikan Liverpool meraih kemenangan ketujuh dalam tujuh perlawanan apabila sepakan volinya dari tengah kotak penalti melepasi kawalan penjaga gol, Dean Henderson, ketika aksi berbaki 20 minit di Bramall Lane.
Klopp berkata dia hampir mengeluarkan bekas tonggak Newcastle United itu enam minit sebelum jaringan tersebut tetapi membuat keputusan menggantikan Jordan Henderson dengan Divock Origi.
"Ia satu perubahan yang ofensif," ujar pengendali The Reds itu.
"Kami berpeluang mengeluarkan Wijnaldum atau Henderson. Kedua-duanya bekerja keras dan ia bukan aksi mudah.
"Jelas sekali saya membuat keputusan tepat apabila Wijnaldum kekal di atas padang dan menghasilkan gol!
"Kami mahu mengubah pendekatan, meletakkan Roberto Firmino di depan garisan tetapi masih memiliki pilihan untuk Mohamed Salah di belakangnya. Kami perlu mempertahankan sayap kerana lawan sangat konsisten.
"Origi memberi impak yang diharapkan apabila masuk. Ia sangat membantu, membolehkan kami menghantar bola dalam situasi satu lawan satu dan saya fikir dia melakukan hantaran lintang sebelum jaringan tersebut."
Liverpool dilihat jauh daripada aksi terbaik ketika berdepan anak buah Wilder itu dan Klopp berkata The Blades pasti sukar menerima kegagalan mempertahankan peluang meraih satu mata.
"Penuh hormat buat Sheffield," tambah Klopp.
"Mereka beraksi baik dan melakukannya sepanjang 90 minit. Ia perlu dihormati.
"Kami masih mempunyai peluang besar dan bertuah di depan gol. Ia bukan peluang terbaik dalam perlawanan dan tuah tidak memihak Sheffield.
"Jadi, jika ia berakhir seri, saya akan duduk di sini dan menerangkan bagaimana ia berlaku. Sheffield berhak, begitu juga kami.
"Saya tidak fikir kami patut kalah tetapi seri memang logik jika kami tidak mengaut peluang. Namun, kami meraih tiga mata dan ia membuatkan kami gembira."