Skip to main content

Bola Sepak

Klopp tidak rancang dominasi dunia, England sudah cukup susah

klopp.jpg
Jurgen Klopp menegaskan bahawa dia tidak merancang untuk Liverpool mendominasi dunia dalam beberapa tahun ini sambil berkata amat sukar untuk mencipta kejayaan di England.

Selepas membimbing Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama musim lalu, Klopp dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) malam tadi dengan empat pemain skuad The Reds itu turut tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik FIFPro untuk tahun 2020.

Selepas kemenangan 2-1 ke atas Tottenham awal pagi semalam, Liverpool muncul pendahulu EPL dengan kelebihan tiga mata.

Tetapi jurulatih berbangsa Jerman itu menolak andaian untuk pasukannya mendominasi dunia sambil berbicara mengenai betapa sukarnya memenangi gelaran di England.

"Saya tidak fikir ada sesiapa akan mendominasi bola sepak England -- ia terlalu sukar, 100 peratus. Saingan liganya amat mencabar, kalendarnya juga amat mencabar," kata Klopp kepada wartawan.

"Kami perlu memastikan bahawa kami dapat melalui waktu gila ini dan waktu lain juga. Kami ada empat pemain yang tersenarai dalam pasukan terbaik dunia bagi tahun lalu -- salah seorang daripadanya kami peroleh daripada Bayern Munich, saya boleh katakan ia adalah urus niaga yang bijak. Amat jelas kami mempunyai pasukan yang baik.

"Kesemua pemain lain juga boleh berada dalam senarai itu kerana kemampuan mereka, jadi anda dapat lihat betapa kami mempunyai pasukan yang baik di sini.

"Apa yang anda sentiasa perlukan dalam hidup adalah sedikit tuah supaya anda boleh memenangi perlawanan bola sepak.

"Lebih banyak perlawanan anda menang, lebih hampir anda untuk memenangi trofi. Jika anda berada dalam final atau sesuatu seperti itu, anda perlu melakukan sentuhan terakhir, begitulah.

"Tetapi kami tiada perancangan untuk mendominasi dunia dalam beberapa tahun ini. Kami hanya merancang untuk menghadapi perlawanan berikutnya, di mana ia hanya lebih kurang 40 jam sebelum kami menghadapi Crystal Palace," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video