MK DONS 0 LIVERPOOL 2
Jurgen Klopp memuji persembahan Harvey Elliott selepas menjadi pemain termuda untuk turun dalam aksi kompetitif Liverpool ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas MK Dons dalam saingan Piala EFL.
Pemain berusia 16 tahun dan 174 hari itu menyerlah dalam persembahan sulungnya awal pagi tadi, namun terlepas peluang untuk mencetak jaringan selepas sekadar menggegar palang gol ketika menerima hantaran silang James Milner.
Kesilapan Stuart Moore pada minit ke-41 digunakan sebaik mungkin oleh Milner untuk membuka jaringan buat Liverpool sebelum tandukan Ki-Jana Hoever menyempurnakan kemenangan skuad kendalian Klopp itu.
Hanya Jerome Sinclair, yang turun sebagai pemain gantian ketika berdepan West Brom pada September 2012 ketika berusia 16 tahun dan enam hari, merupakan pemain termuda yang turun beraksi untuk The Reds.
Klopp tidak meragui bekas pemain muda Fulham, Elliott, telah membuktikan dia memiliki masa depan cerah di Anfield.
"Pada usia 16 tahun, Elliott telah membuktikan kemampuannya kepada pasukan. Dia menerima setiap situasi dengan baik dan mahu belajar," kata Klopp.
"Secara keseluruhan persembahannya membantu pasukan ketika bertahan dan pergerakannya di atas padang, agak memuaskan bagi saya.
"Kaki kirinya tidak kurang baiknya. Dia tidak bernasib baik, jika tidak dia sudah menjaringkan gol."
Elliott menjadi pemain termuda dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bersama Fulham berdepan Wolves, Mei lalu dan melakukan penampilan sulung untuk Liverpool bersama-sama penjaga gol, Caoimhin Kelleher, dan penyerang, Rhian Brewster.
"Pendedahan ini penting kepada mereka. Kami akan terus mengambil pendekatan yang sama."
Ketika pemain-pemain muda Liverpool menyerlah, Klopp turut mengangkat persembahan Milner yang membuka jaringan sebelum melakukan bantuan jaringan kepada Hoever.
"Milner beraksi cemerlang dan banyak membantu pasukan serta memainkan peranan kepada pemain-pemain muda."
Undian pusingan keempat Piala EFL:
Everton lwn Watford
Aston Villa lwn Wolves
Manchester City lwn Southampton
Burton Albion lwn Leicester City
Crawley Town lwn Colchester United
Chelsea lwn Manchester United
Oxford United lwn Sunderland
Liverpool lwn Arsenal