Jurgen Klopp berkata segala-galanya menjadi amat jelas ketika pasukannya, Liverpool, membelasah Crystal Palace 7-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park malam tadi.
Keputusan itu merupakan kemenangan terbesar di laman lawan mereka dan ia juga memastikan kemenangan ke-127 Klopp dalam EPL selaku pengurus The Reds -- mengatasi rekod 126 kemenangan milik Rafael Benitez sewaktu mengendalikan pasukan Merseyside itu.
Pasukan juara bertahan itu mempamerkan aksi yang tidak dapat ditandingi lawan kendalian Roy Hodgson berkenaan untuk menang hasil jaringan berganda Roberto Firmino dan Mohamed Salah serta masing-masing satu daripada Takumi Minamino, Sadio Mane dan Jordan Henderson.
Kemenangan bergaya Liverpool itu melebarkan kedudukan mereka di persada liga dengan kelebihan enam mata walaupun Tottenham akan mengecilkan jurang itu kepada tiga mata seandainya menewaskan Leicester City malam ini.
Ketika Klopp kagum dengan prestasi pasukannya, dia enggan terbawa-bawa dan berkata fokus mereka ketika ini akan segera diubah bagi menghadapi West Brom hujung minggu depan.
"Ia usaha keras dan terdapat banyak serangan balas daripada Crystal Palace dalam babak pertama di mana kami perlu memiliki keupayaan untuk bertahan," katanya kepada BT Sport.
"Penyudah kami dalam babak pertama amat klinikal. Kemudian, selepas mendahulu 3-0 pada waktu rehat, perlawanan ini masih belum tamat dan kami mengawal permainan dengan baik dan menjaringkan gol yang hebat.
"Pemain mampu melakukannnya tetapi ia tidak berlaku setiap minggu.
"Hari ini, ia menjadi amat jelas. Ini adalah tempoh yang amat mencabar, pemain sepatutnya amat berbangga dengannya.
"Kami akan berehat sehari esok, kemudian akan bersiap untuk berdepan West Brom dan perbezaan gol juga agak baik kerana keputusan yang lucu di (Aston) Villa (tewas 2-7).
"Hari Krismas ini pasti baik tetapi musim ini masih belum tamat. Terdapat beberapa perlawanan untuk dihadapi tetapi kami akan bersedia," katanya.

⚡️ ????? ????? ⚡️
— Liverpool FC (@LFC) December 19, 2020
Mane has now netted in his last seven games ? Crystal Palace ?⚽️ pic.twitter.com/gD2EMpLNYq