Skip to main content

Bola Sepak

Klopp: Liga Super Eropah satu 'tamparan keras' terhadap UEFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurgen-klopp.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya keputusan mahkamah berhubung penganjuran pertandingan di Eropah akan membuka mata Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) agar mengelak daripada menambah lebih banyak lagi perlawanan tanpa berdepan bantahan. 

Mahkamah Keadilan Eropah memutuskan peraturan yang ditetapkan UEFA yang menyekat penubuhan Liga Super Eropah pada 2021 itu adalah bertentangan dengan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).

Kelab yang menyokong Liga Super itu mengisytiharkan kemenangan mereka sambil tidak berlengah untuk mendedahkan perancangan mereka untuk kejohanan baru lelaki dan wanita.




Walaupun The Reds sudah melupakan impian untuk menyertai Liga Super, pengurus tersebut tetap berminat untuk melontarkan pendapatnya mengenai keputusan mahkamah itu yang menekankan bahawa badan seperti UEFA dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak boleh mentadbir demi kepentingan diri sendiri dan haruslah mempunyai rangka kerja yang telus, peraturan objektif, tiada diskriminasi dan berkadar.

"Saya suka kita mendapat sedikit gambaran bahawa UEFA dan FA yang lain agar tidak boleh melakukan sesuka hati dengan mengadakan lebih banyak perlawanan sedangkan tiada sesiapa mempunyai hak untuk bersuara," katanya.

"Saya suka apabila mereka digegarkan sedikit kerana mereka tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya."

Advertisement

Must Watch Video