Skip to main content

Bola Sepak

"Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama" -- Zaquan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

12717zaquan.jpg
Penyerang Perak, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, enggan menyalahkan rakan sepasukan, Shahrom Kalam, sebagai faktor utama kekalahan 1-0 pasukannya kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Ipoh, semalam.

Kesilapan Shahrom yang terlepas kawalan bola pada minit ke-62 membawa padah buat Perak apabila Francis Forkey Doe mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Namun, Zaquan berasa ia tidak adil untuk hanya menyalahkan Shahrom di atas kekalahan kepada Selangor.

"Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama. Bukan salah Shahrom. Saya rasa malam ini (semalam), kami sudah memberikan yang terbaik.

"Mungkin tiada rezeki untuk pasukan Perak. Kami perlu fikir positif, kami hanya ketinggalan enam mata dengan Kedah. Dalam bola ini, apa-apa pun boleh berlaku," katanya. 

Turut menyuarakan pendapat sama dengan Zaquan adalah jurulatih Perak, Mehmet Durakovic.

Durakovic tetap menyifatkan Shahrom sebagai tonggak penting pasukannya yang hanya tidak bernasib baik apabila melakukan kesilapan itu.

"Bola sepak adalah sukar untuk dijangka. Saya rasa kami melakukan satu kesilapan, dan saya bersimpati dengan Shahrom yang telah menjadi pemain hebat, kapten hebat. 

"Dia hanya melakukan satu kesilapan dan ia menentukan perlawanan. Apa yang telah berlaku telah berlaku. Kami mesti bergerak ke depan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video