Ange Postecoglou mempunyai gaya permainan menyerang yang sesuai dengan Tottenham, menurut ikon kelab, Ledley King.
Postecoglou meninggalkan Celtic untuk mengendalikan Tottenham dengan kontrak empat tahun selepas pengurus berusia 57 tahun itu menghabiskan dua tahun bersama juara Scotland itu dan berhijrah sebaik memenangi kejuaraan 'treble' domestik pada 2022-23.
Pengendali dari Australia itu akan mengemudi kelab bergelut yang menduduki tempat kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan dan tidak akan bermain di peringkat Eropah musim depan.
Tetapi King optimis prestasi akan meningkat di bawah pengurus baru Spurs itu.
"Dia seorang pengurus yang sangat bagus dan dia mengharungi tempoh yang hebat di Celtic," kata King dalam satu majlis pelancaran di Alexandra Palace.
"Dia seorang pengurus yang gemar menerapkan permainan menyerang dan menjaringkan banyak gol.
"Jadi saya fikir dia adalah seseorang yang sesuai dengan gaya kami selain membangunkan pemain muda adalah sangat penting.
“Dalam sejarah Spurs, kami sentiasa mempunyai pemain yang mahu melangkah ke hadapan, mengekspresikan diri mereka dan menjaringkan gol.
"Sudah tentu termasuk dalam pembangunan pemain muda. Kami sentiasa perlu memberi pemain peluang.
"Jadi atas sebab ini saya fikir ia membuatkan penyokong teruja."

1 - Under Ange Postecoglou, Celtic averaged the most goals per game (3) and had the highest average possession (73%) of any team in Europe's top 10 leagues in 2022-23. Crafted. pic.twitter.com/zpHgkKXpQi
— OptaJoe (@OptaJoe) June 6, 2023