Tidak dinafikan sejak mengambil alih tugas daripada Tan Cheng Hoe, Kim Pan-gon berjaya mencetuskan revolusi peningkatan prestasi dalam kem kebangsaan.
Era kepimpinan pengendali dari Korea Selatan itu kini berdiri megah dan diharapkan kekal utuh menuju fasa kritikal berbaki enam bulan persiapan menuju Piala Asia.
Selepas 516 hari melakukan transformasi pendekatan moden dalam merencana wajah baru kebanggaan Harimau Malaya, Pan-gon mahu jawapan terperinci daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membabitkan aspek DNA bola sepak yang diterapkannya.
"Kalau untuk tujuan pembangunan jangka panjang, kami perlu tekal, tidak bermain bertahan ketika bertemu pasukan lebih besar.
"Kami perlu sesuaikan diri dan satu hari kami akan terus berkembang untuk jangka masa panjang.
"Saya perlu dapatkan kepastian daripada FAM kerana kalau ia membabitkan jangka pendek atau panjang, ia melibatkan perbezaan pendekatan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengemudi Malaysia kenduri gol dalam perlawanan persahabatan dengan Papua New Guinea di Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Di sebalik kejayaan merekodkan kemenangan terbesar bersama skuad negara, ironinya dia melihat dari sudut berbeza hingga melabel kemenangan 10-0 ini bukanlah petanda yang baik.
"Saya sering berbincang dengan FAM memandangkan kemajuan kami terlalu deras.
"Ranking yang melonjak secara mendadak bukanlah petanda yang baik. Satu hari semua orang menaruh harapan tinggi.
"Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai sumber yang terhad, saya cukup bimbang," katanya.