BOLA SEPAK MSIA
Kim Pan-gon hampir bertukar harimau jadian
Malaysia hampir sahaja berputih mata di laman sendiri malam tadi sebelum menjelmakan kebangkitan untuk mencipta kemenangan 4-3 yang terhasil dalam masa kecederaan.
Justeru, penjaring gol kemenangan Harimau Malaya, Faisal Halim, mengakui Kim Pan-gon ibarat harimau terluka, cukup garang di dalam bilik persalinan ketika menegur kelekaan anak buahnya dalam babak pertama ketika berdepan Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Jurulatih tak kata apa cuma dia macam harimau (ketika memarahi) pemain, tapi inilah karektornya yang tak nak anak buahnya lalai sambil lewa.
Iklan
"Itu yang ditekankan dalam bilik persalinan separuh masa kedua, kami cuba bangkit dan kami dibolosi.
"Memang sukar untuk kita dapatkan tiga gol sebenarnya. Tapi rezeki kami sampai minit akhir kami berjaya," katanya tanpa mengulas terperinci keadaan di ruang rehat ketika itu.
Must-Watch Video