Kad kuning yang dilayangkan terhadap Mario Balotelli ekoran serangan perkauman dilabel oleh Kick It Out sebagai tidak boleh diterima akal.
Organisasi itu, yang berusaha memerangi tingkah laku diskriminasi, termasuk perkauman dalam bola sepak Inggeris, mengeluarkan kenyataan itu semalam berikutan kekalahan 3-2 Nice kepada Dijon pada hujung minggu lalu.
Balotelli diberi amaran pada minit ke-74 dalam pertemuan Ligue 1 itu, dengan Nice mendakwa hukuman itu berlaku selepas dia memberitahu pengadil, Nicolas Rainville, mengenai ejekan perkauman oleh peminat Dijon.
"Mario Balotelli telah dilayangkan kad kuning selepas mengadu diejek dalam bentuk perkauman di tempat awam," demikian menurut Nice dalam Twitter dan Kick It Out meminta tindakan diambil terhadap pengadil terbabit.
"Kick It Out terkejut melihat Mario Balotelli telah dihukum kerana cuba menarik perhatian pengadil berikutan ejekan perkauman oleh penyokong Dijon kepadanya," kata kenyataan itu.
"Ia tidak dapat diterima dan kami kesal untuk melihatnya. Pegawai perlawanan gagal melaksanakan protokol Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) -- selama beberapa tahun ini - iaitu tindakan menghentikan permainan perlu diambil bagi menangani isu yang menyinggung perasaan.
"Meskipun kempen Kick It Out diperkenalkan dalam bola sepak Inggeris, organisasi ini telah menghubungi rangkaian anti-diskriminasi, Bola Sepak Menentang Perkauman di Eropah (FARE), untuk melihat apakah tindakan yang boleh diambil bagi memperbaiki mutu pengadil Ligue 1.
"Organisasi ini menjangkakan tindakan daripada pihak berkuasa bola sepak Perancis sambil mengutuk kedua-dua pelaku yang dikatakan menyanyikan lagu berbentuk perkauman dari tempat duduk penyokong Dijon selain kegagalan pengadil mengikuti protokol untuk menghentikan tingkah laku itu, serta mengambil kira pengalaman Balotelli sebagai mangsa hanya kerana cuba meminta pengadil supaya menjalankan tanggungjawabnya."