Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwa KFA dan pegawainya terlibat dalam meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.
Menerusi News Straits Times, Menteri besar Kedah dan Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata badan induk bolasepak itu bakal menjelaskan segala-galanya berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA, Zulkifli Che Haron, ditahan pada 5 Januari lalu berhubung kes rasuah bernilai RM6 juta dan telah dilepaskan dua hari kemudian di samping tiga individu yang lain.
Sanusi mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook berkata, “KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai menjawab dakwaan dan siasatan SPRM yang sengaja diviralkan bagi mencapai objektif politik pihak tertentu dalam mencemarkan nama baik KFA dan pemimpin kerajaan negeri Kedah.
“Dokumen berkaitan penswastaan KDA FC, permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak berkaitan yang tidak diluluskan kerana tidak layak, dokumen penyata yang telah diaudit untuk membuktikan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan perkara lain yang berkaitan juga akan didedahkan," katanya dalam kenyataan tiga perenggan yang dimuat naik di laman Facebooknya.
"Pihak-pihak itu yang bersungguh-sungguh untuk menimbulkan tanggapan bahawa terdapat RM6 juta rasuah dalam KFA dan cuba mengaitkan dakwaan kes rasuah dengan individu tertentu terutama presiden dan pegawai KFA -- tunggu saman yang akan datang," katanya.