Pengadil Singapura, Muhammad Taqi Aljaafari Jahari, berkongsikan menjadi tanggungjawab pengadil untuk meminimumkan kesilapan ketika mengadili sesebuah perlawanan bola sepak lebih-lebih lagi membabitkan situasi yang boleh mencetuskan kontroversi.
Untuk rekod, Taqi merupakan pengadil pertama dari Singapura yang terpilih bertugas di Piala Dunia Qatar 2022 sebagai Video Match Official (VMO), selain Piala Dunia Wanita.
"Penyokong, pemain dan jurulath berharap pengadil tidak melakukan kesalahan, mustahil bukan? Sama ada aksi di tahap tinggi, sederhana atau rendah. Kesalahan pasti terjadi, kerana pada akhirnya pengadil juga manusia.
"Keputusan kontroversi sering berlaku, ia mengenai adakah kita boleh menerima dan bergerak kehadapan kerana pada penghujung hari, ini adalah bola sepak, kan?
"Pengadil membuat kesalahan, pemain juga buat kesilapan, dalam erti lain kesalahan seperti mereka tidak meledak gol, atau kesilapan menghantar bola, seperti itu.
"Malah jurulatih juga mereka buat kesalahan dalam merangka strategi atau keputusan menukar pemain, bola sepak adalah permainan penuh kesalahan, jadi ia bagaimana kami meminimumkan dan menerima kesalahan ini terjadi dan menerima dengan baik." katanya dalam satu video yang tular.
@ashfutbolita “Referees make mistakes too.” FIFA World Cup referee Muhammad Taqi opens up on why referees are often misunderstood and the pressure that comes with every decision. 👀⚽️ #fifaworldcup #sgsports #sgnews ♬ Strength Men - Lux-Inspira