Terengganu tidak terpengaruh dengan situasi Kedah yang baru kehilangan khidmat jurulatih, Tan Cheng Hoe, sebaliknya mahu memberikan fokus mencari bekalan selesa dalam separuh akhir pertama Piala FA malam ini untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu.
Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, tetap memandang tinggi cabaran lawan yang disifatkan pasti menampilkan taktikal serta rentak permainain yang berbeza selepas ketiadaan Cheng Hoe.
Lebih tertumpu kepada persiapan sendiri, beliau menggesa pemain agar lebih berdisiplin, terutama menghadapi serangan daripada tuan rumah yang pasti mahu membuktikan sesuatu.
Terengganu bakal turun tanpa khidmat dua pemain utama, Lutfulla Turaev dan Abdul Latiff Suhaimi yang digantung satu perlawanan.
"Ada ataupun tidak Cheng Hoe sebagai pengendali pasukan, ia tidak akan mengubah apa-apa. Mungkin ada pendekatan yang berbeza tetapi kami akan terus memberikan yang terbaik," kata Irfan.
Pertahanan berpengalaman, Adib Aizuddin, pula melihat karektor yang dimiliki Irfan mampu menjulang Terengganu untuk mencipta kejutan di Stadium Darulaman.
Dia yang sudah enam tahun bersama Irfan mengakui semangat dan keyakinan mereka di tahap maksimum selepas berjaya menyingkirkan Sarawak dalam suku akhir.
"Irfan Bakti adalah seorang pengendali yang memahami kualiti yang dimiliki oleh setiap pemain-pemainnya, itu yang membuat saya tertarik dengan cara latihannya.
"Kami akan cuba memastikan untuk menjaringkan gol sebagai bekalan aksi timbal balik nanti," ujar Adib.