Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama: Sabah tampil barisan terbaik di Singapura

405461809_649877370643245_5689105701132972492_n.jpg
Sabah FC meletakkan sasaran untuk kekal di puncak Kumpulan H saingan Piala AFC menjelang pertemuan dengan Hougang malam ini.

Sabah tekad mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala AFC susulan kemenangan ke atas Hai Phong FC dalam aksi terdahulu di Likas.

Kini bertandang ke Singapura, ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee mempertaruhkan barisan terbaik skuad Sabah untuk terus kekal di puncak Kumpulan H.

Darren Lok dan Saddil Ramdani sekali lagi menjadi pemain utama di bahagian serangan sementara kapten pasukan, Park Tae-su bakal bergandingan bersama Dominic Tan di bahagian pertahanan.

Dalam saingan domestik, Sabah sebelum merekodkan kemenangan bergaya ke atas finalis Piala Malaysia, Terengganu FC 4-0 di Kuala Terengganu.



Ikuti siaran secara langsung perlawanan di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 7:30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video