Skip to main content

Bola Sepak

Kendali England salah satu "impian" Beckham

david-beckham.jpg
David Beckham menyifatkan peranan sebagai pengurus England sebagai satu "tugas impian".

Bekas pemain skuad kebangsaan England itu telah membuat 115 penampilan bersama The Three Lions, dengan 58 daripadanya turun selaku kapten pasukan sejak 2000 hingga 2006.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu memutuskan tidak mengejar karier dalam bidang kejurulatihan selepas bersara pada 2013, dengan penglibatan terbarunya menerusi penubuhan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS), Inter Miami, yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

Bagaimanapun, ia kelihatan Beckham mampu terpujuk jika berpeluang untuk berkhidmat mengendalikan England satu hari nanti.

"Saya berasakan terdapat individu dalam Persatuan Bolasepak England (FA) yakin dengan kemampuan saya mengendalikan skuad England, mungkin kerana saya mengharungi karier yang berjaya sebagai kapten England sebelum ini.

"Jika jawatan pengurus itu dibuka, adakah saya akan cuba mendapatkannya? Saya tidak mahu kerana saya seorang yang memiliki semangat yang tinggi jika membincangkan mengenai skuad kebangsaan saya."

Buat masa ini, Beckham lebih gembira menyaksikan England di bawah seliaan Gareth Southgate, bekas rakan sepasukannya di pentas antarabangsa.

"Ia merupakan impian yang besar. Tetapi Southgate sedang melakukan tugas yang baik," katanya.

Di bawah kendalian Southgate, England mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama, namun gagal ke final selepas tewas 2-1 kepada Croatia.

Mereka kemudian melangkah ke saingan akhir Liga Negara-Negara UEFA di Portugal dan menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengatasi Switzerland menerusi penentuan sepakan penalti.

England akan berdepan Bulgaria, Sabtu ini dan Kosovo, Selasa depan bagi saingan kelayakan Euro 2020.
 

Advertisement

Must Watch Video