Skip to main content

Bola Sepak

Kemenangan pasukan keutamaan Ivan Mamut

394544047_350979450657378_4291766301301141134_n.jpg
Penyerang import Terengganu, Ivan Mamut, mengakui dia tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik untuk jumlah jaringan peribadi musim ini.

Bagi penyerang tinggi lampai kelahiran Croatia itu, keutamaannya adalah untuk membantu pasukan meraih keputusan positif dan jika mampu meledak jaringan itu merupakan bonus.

Mamut turut mengakui lega dengan prestasi semasanya meskipun pada awal musim dia dilihat bergelut menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu.

Jelas Mamut lagi, fokus mereka kini terarah kepada aksi ketiga peringkat kumpulan Piala AFC berdepan wakil Filipina, Stallion Laguna di Gong Badak pada Khamis.

Untuk rekod, Mamut sudah meledak 18 gol setakat ini bersama skuad Peteh dalam semua kejohanan domestik yang disertai.

"Saya tidak meletakkan sasaran, saya hanya mahu menikmati setiap perlawanan," katanya.

"Kami meletakkan sasaran untuk meraih tiga mata dalam saingan Piala AFC."

Advertisement

Must Watch Video