Skip to main content

Bola Sepak

Kemenangan ke atas MISC-MIFA legakan -- Abu Bakar

abu-bakar-fadzim_1.jpg
Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, berasa puas melihat kebangkitan pemainnya yang berjaya mengatasi MISC-MIFA melalui kemenangan tipis 2-1 dalam aksi Liga Perdana, sekaligus semakin menghampiri slot ke Piala Malaysia.

Masih dihimpit kekalahan besar 1-6 di tangan Kedah dalam Piala FA, 1 April lalu, Abu Bakar memuji karektor anak buahnya yang sudah melupakan apa yang berlaku.

Meskipun terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-28 menerusi sepakan penalti Dmitri Bodric, PKNP menunjukkan semangat juang tinggi untuk menang.

Malah, dia berasakan kecemerlangan Ahmad Asyraaf menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-58 yang diambil G. Thipenraj menjadi titik tolak kepada kemenangan PKNP.

"Kami sedar penjaga gol PKNP FC agak gugup selepas apa yang berlaku di Kedah tetapi dia mempamerkan keyakinan selepas menyelamatkan sepakan penalti.

"Senario itu menyuntik keyakinan terhadap pemain lain," kata Abu Bakar.

Bagi MISC-MIFA, jurulatihnya, Jacob Joseph, tetap rasa berpuas hati di sebalik kekalahan itu kerana pemainnya telah memberikan sedaya mungkin.

Tambahnya, beraksi dengan kekurangan seorang pemain dalam baki 30 minit selepas Mohd. Zamri Pin dilayangkan kad merah, bukanlah sesuatu yang mudah buat MISC-MIFA.

"Kita pun tahu PKNP sebuah pasukan yang bagus, import mereka juga lebih berkualiti berbanding kami.

"Tetapi kesilapan mudah oleh pemain saya jadi punca kami bolos," ujar Jacob.

KEPUTUSAN LAIN:

KUALA LUMPUR 2-0 PERLIS

 
KUANTAN 2-5 JOHOR DT II
 
N SEMBILAN  1-0 ATM FA
 
PDRM  1-1 UITM
 
TERENGGANU 2-0 SABAH

Advertisement

Must Watch Video