Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, tidak menganggap final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu memberi kesan kepada pertembungan pasukannya dengan Juventus di Turin, awal pagi esok.
Peneraju Serie A itu akan berusaha untuk membalas dendam kekalahan 4-1 mereka di Cardiff pada Mei lalu apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Madrid dalam perlawanan pertama suku akhir musim ini.
Zidane, bagaimanapun, tidak fikir kemenangan pasukannya dalam pertemuan terakhir mereka itu akan memainkan peranan dalam pertembungan di Turin minggu ini.
"Kami akan cuba memainkan perlawanan dengan baik tetapi aksi 10 bulan lalu tidak akan memberi kesan kepada perlawanan ini," katanya dalam sidang akhbar.
"Ini satu lagi perlawanan dalam suasana yang lain. Ia berbeza.
"Juve sentiasa kuat dan mereka sudah membuktikannya. Mereka adalah pasukan yang lengkap dan kami perlu fokus terhadap apa yang mereka lakukan di bahagian belakang, di tengah dan dalam serangan.
"Juve mempunyai musim yang baik. Saya menyaksikan perlawanan mereka, saya tidak dapat komen mengenai apa-apa kritikan terhadap liga Itali tetapi Juventus mempunyai gaya yang baik," katanya.
Zidane tidak akan mendedahkan perancangannya mengenai kesebelasan utama di sebalik spekulasi Isco mungkin diketepikan kerana Gareth Bale kini berada dalam prestasi terbaik.
"Mungkin dengan pasukan kebangsaan, Isco berbeza kerana dia mempunyai lapan perlawanan dengan mereka (dalam satu musim), sedangkan di sini ada 60," katanya.
"Kami bermain setiap tiga hari. Bagi saya, tiada pemain sokongan. Saya mempunyai 25 pemain yang sangat bagus dan saya akan menggunakan mereka semua.
"Ada tempoh di mana pemain akan bermain lebih banyak."