Skip to main content

Bola Sepak

Kembali ke Ajax bukan perkara mustahil -- Huntelaar

klaasjanhuntelaar.jpg
Penyerang Schalke, Klaas-Jan Huntelaar, mencadangkan dia mungkin kembali menyertai Ajax, musim hadapan.

Pemain berusia 33 tahun itu meninggalkan Ajax untuk bersama Real Madrid pada 2009 selepas meledak 100 gol buat gergasi Belanda itu.

Huntelaar kembali ke Amsterdam Arena untuk aksi pertama suku akhir Liga Europa (UEL), bulan ini.

Menjelang pertemuan ini, "penyokong terbesar Ajax", Huntelaar, mencadangkan dia mungkin kembali ke kelab secara tetap di kala kontraknya bersama kelab Jerman itu bakal berakhir pada penghujung musim ini.

"Segala-galanya tidak mustahil," katanya, 

"Tetapi sukar buat saya untuk menjelaskan perkara ini. Saya meminati Ajax sejak saya kecil lagi -- seluruh keluarga saya menyokong Ajax."

Advertisement

Must Watch Video