WC QUALIFYING
[Kemaskini] Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lebih penting berbanding Piala Asia -- Hamidin
'Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lebih penting daripada Piala Asia Qatar 2023', itu kata-kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelang saingan Malaysia bertemu Kyrgyzstan Khamis ini.
Malaysia telah melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2024 Januari hadapan, manakala perjalanan skuad kebangsaan kini diteruskan bagi melihat prospek peluang terus beraksi di peringkat tertinggi antarabangsa, dimulakan dengan saingan kelayakan yang bakal sepak mula Khamis ini bertemu Kyrgyzstan sebelum bertandang ke Taiwan 21 November nanti.
Walaupun hakikatnya, Piala Asia Qatar ibarat Piala Dunia buat skuad kebangsaan setelah 42 tahun Malaysia tidak menjejakkan kaki di kejohanan berkenaan.Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lebih penting daripada Piala Asia Qatar 2023. - Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.@astro pic.twitter.com/fNs14IJuMp— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 13, 2023
Perkara itu ditegaskan Hamidin agar penyokong negara turut memahami kepentingan aksi kelayakan berkenaan.
Iklan
"Saingan Piala Asia di Qatar bukanlah sesuatu yang tidak mustahak kerana setelah 42 tahun kita sudah layak dan ia satu kejayaan bermain di sana.
"Namun, jika dapat layak ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2026, kita boleh cipta sejarah iaitu pasukan kita dapat jadi 18 pasukan terbaik dan bermain 10 perlawanan bertaraf dunia, halaman sendiri dan tempat lawan,” katanya menerusi Nadi Arena.
Perlawanan bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan menjadi peluang terbaik buat Malaysia layak buat pertama kali ke pusingan akhir kelayakan susulan hanya Oman tampak jadi pencabar kepada Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan D.
Must-Watch Video