BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Percaturan Kim Pan-gon perlu dihormati
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, tidak kisah melihat Harimau Malaya mengecapi kemenangan tipis asalkan menang ke atas Kyrgyzstan malam esok.
Skuad negara memutuskan untuk melangsungkan persiapan akhir di Wisma FAM termasuk atas faktor cuaca mempengaruhi perancangan hari ini.
Zainal berpandangan kemenangan dengan gol tunggal pun sudah mencukup untuk barisan kepimpinan Kim Pan-gon itu meneroka lebih jauh dalam Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia 2027 apabila membuka tirai kempen di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Iklan
"Satu gol sudah mencukupi. Secara langsung tidak langsung membuktikan bahawa keberkesanan program yang dibentuk walaupun tidak menjaringkan banyak gol kebelakangan ini.
"Saya rasa walaupun gagal dalam Piala Asia tapi dengan kejayaan ke Piala Dunia, ia sudah dikira sudah cemerlang," katanya di siaran langsung Astro Arena di Kelana Jaya.
Menurutnya, semua pihak harus menghormati percaturan Pan-gon yang sudah pun membuat kerja rumah untuk dihidangkan kepada pihak lawan.
Dalam masa sama, tinjauan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mendapati skuad negara sedang menumpukan kepada latihan bola pegun dan beberapa aspek lagi.
"Pan-gon sudah tahu pemain yang akan berada dalam percaturannya. Kalau seseorang pemain itu bagus tetapi tidak dapat menepati falsafahnya maka tiada gunanya. Kita harus menyokong pendekatannya.
"Syihan Hazmi Mohamad (mengisi posisi penjaga gol) layak berdasarkan perlawanan kebelakangan ini termasuk dalam Pestabola Merdeka. Dia harus dikekalkan sebagai penjaga gol nombor satu negara.
Sesi latihan rasmi skuad Harimau Malaya. Dijangka berlaku perubahan dalam kesebelasan utama bertemu Kyrgyzstan. ????@ASTROARENA pic.twitter.com/PWGreFw5ye— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 15, 2023
"Kita juga tidak boleh menghukum Dominic Tan hanya berdasarkan satu kesilapan tapi saya rasa kehadiran Shahrul Saad boleh menggugatnya.
"Akhyar tidak boleh mengambil tempat Darren Lok yang memainkan posisi penting sebagai penyerang nombor sembilan.
"Akhyar lebih sesuai di bahagian sayap. Namun, Akhyar perlu terima hakikat Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi lebih menyerlah ketika ini," kata Zainal lagi.
Must-Watch Video