BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kyrgyzstan tidak gentar 'wajah baru' Harimau Malaya
Ketua pasukan Kyrgyzstan, Tamirlan Kozubaev, mengakui bakal berdepan senario berbeza di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang pertemuan Kumpulan D malam esok.
Harimau Malaya dan pelawat mendambakan mata penuh bagi mencerahkan laluan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 tetapi Kozubaev enggan menjadikan pertemuan terakhir 2018 sebagai rujukan utama walaupun mengakui mendapat pelbagai sumber maklumat.
Kozubaev -- yang pernah menyertai PKNS FC selama semusim pada 2019 -- mengakui pertemuan di venue sama lima lalu bukanlah ukuran tepat sejak Malaysia diterajui ketua jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon, selain kehadiran beberapa muka naturalisasi.
Iklan
Pengalaman tersungkur kepada Filipina dalam perlawanan pemanas badan bulan lalu telah membangkitkan situasi panik buat ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic, yang berikrar mempertaruhkan 12 pemain berbeza dalam kesebelasannya kelak.
"Saya mengenali beberapa pemain Malaysia tapi saya tidak dapat jelaskannya di sini tapi saya harap anda dapat menyaksikannya esok.
"Perlawanan sengit dengan pemain berkualiti tinggi tapi kami sudah buat persiapan yang terbaik.
"Malaysia lebih baik sejak pertemuan terakhir lima tahun lalu. Kini Malaysia mempunyai pemain yang lebih berpengalaman dan berkualiti," katanya dalam sidang media di Wisma FAM pagi tadi.
Must-Watch Video