Krisis kecederaan yang melibatkan pemain utama di jentera serangan telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak terhadap nasib skuad Harimau Malaya dalam baki dua aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Republik Kyrgyzstan dan Chinese Taipei bulan depan.
Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali, ketika ditemubual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjangkakan skuad bimbingan Kim Pan-gon bakal berdepan misi sukar untuk perlawanan kali ini.
Masalah utama yang membelenggu kem Harimau Malaya ketika ini adalah kehilangan lima pemain utama di posisi penyerang.
Pan-gon terpaksa mengetepikan tiga pemain, iaitu Faisal Halim, Arif Aiman Md Hanapi, dan Romel Morales daripada panggilan awal, sebelum terpaksa menggugurkan Syafiq Ahmad dan Darren Lok akibat kecederaan 'hamstring'.
Situasi itu sekaligus menyebabkan jentera serangan skuad negara pincang untuk menghadapi dua perlawanan yang dianggap sebagai misi wajib menang.
"Ini merupakan satu perkara yang merisaukan bagi penganalisis bola sepak kerana dalam bola sepak, bahagian serangan adalah yang paling penting," kata Safee.
Kini, hanya Paulo Josue tampak menjadi harapan dan tonggak utama yang akan mengetuai jentera serangan, walaupun pemain naturalisasi negara itu bukan penyerang tulen.
"Untuk situasi sekarang ini, tiada pemain lain yang saya nampak melainkan Paulo Josue.
"Pan-gonlebih yakin untuk mengambil Paulo kerana dia telah mengikut pasukan dari dulu lagi dan dia tahu corak permainan yang telah diterapkan," tambah Safee.
Dengan segala cabaran yang dihadapi, harapan rakyat Malaysia kini disandarkan kepada kemampuan dan keazaman Paulo Josue serta pasukan untuk terus berjuang demi negara. Semoga skuad Harimau Malaya dapat mengatasi krisis ini dan membuktikan kemampuan mereka di peringkat antarabangsa.