Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Ukraine kian hampir ke Qatar selepas atasi Scotland

ukraine.jpg
SCOTLAND 1 UKRAINE 3

Ukraine meraih kemenangan penuh beremosi sekembalinya mereka dalam aksi bola sepak kompetitif, di mana mereka kini hanya dibezakan dengan satu kemenangan untuk layak ke Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Scotland 3-1 awal pagi tadi.

Aksi separuh akhir playoff pusingan kelayakan Piala Dunia itu terpaksa ditunda berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada awal tahun ini tetapi pasukan bimbingan Oleksandr Petrakov itu menampilkan aksi terbaik mereka di Hampden Park walaupun kesilapan penjaga gol, Gerogi Bushchan, hampir memberikan padah.

Ketua jurulatih Scotland, Steve Clarke, berkata bahawa pasukannya terdesak untuk melayakkan diri ke Piala Dunia walaupun menyedari kesukaran yang sedang dihadapi Ukraine tetapi pasukannya ternyata tidak dapat menyaingi pelawat sehingga ke lewat permainan -- selepas Buschan terlepas bola susulan percubaan Callum McGragor ke gawang.

Bagaimanapun, Ukraine mempertahankan kelebihan mereka -- berada di depan 2-0 hasil jaringan Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk di antara waktu rehat -- sebelum Artem Dovbyk menambah gol ketiga dalam waktu kecederaan.

Kini hanya perlawanan menentang Wales awal pagi Isnin ini akan menjadi pemisah mereka untuk melayakkan diri ke Qatar.
 

Advertisement

Must Watch Video