BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia: Malaysia layak bawa pulang tiga mata, kata Pan-gon
Jurulatih bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon, berkata meskipun mencetak kemenangan tipis 1-0, ia sudah memadai.
Skuad Harimau Malaya menang hasil jaringan tunggal Darren Lok pada minit ke ke-72 di Stadium Perbandaran Taipei, malam tadi untuk meletakkan mereka di puncak Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
"Kami berhak menang malam ini.
Iklan
"Tahniah kepada pemain dan penyokong Malaysia.
"Mereka harus berbangga dengan pemain Harimau Malaya," katanya menerusi rakaman di laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.
Malaysia mengatur lebih 20 peluang namun gagal diterjemahkan ke gawang tuan rumah selain satu percubaan daripada Faisal Halim terkena tiang.
Malaysia akan menghadapi perlawanan ketiga apabila bertemu Oman di Muscat, Mac depan.
Must-Watch Video