Kemarahan rakyat Itali terhadap rejim Zionis Israel nampaknya tidak mudah terpadam dan menjalar sehingga meliputi serata golongan termasuk bola sepak negara itu.
Malah, kehadiran pasukan negara haram itu ke bumi Itali minggu depan dijangka akan berdepan dengan situasi sukar apabila isu keselamatan mula disuarakan.
Nasib dan malang yang menimpa rakyat Palestin ketika ini cukup menimbulkan simpati setiap lapisan masyarakatnya sehingga tercetusnya gelombang protes yang besar lebih-lebih lagi tindakan menghalang dan menculik peserta Sumud Flotilla baru-baru ini.
Bahkan pengendali pasukan bola sepak Itali, Gennaro Gatusso juga meluahkan rasa simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin.
Itali dijadual menentang Estonia di Tallinn pada Ahad ini, namun tumpuan utama terarah kepada pertemuan menentang Israel di Udine pada Rabu depan selepas demonstrasi besar-besaran menyokong Palestin diadakan di seluruh Itali minggu lalu.
“Kami tahu kami perlu bermain kerana jika tidak, kami akan tewas 3-0... Tapi saya ulang sekali lagi, amat menyedihkan melihat apa yang berlaku kepada orang tidak berdosa, khususnya kanak-kanak. Hati saya sangat terluka melihat semua itu,” kata Gattuso.
Jualan tiket bagi perlawanan menentang Israel juga dilaporkan perlahan, dengan banyak ruang kosong dijangka kelihatan di Stadium Bluenergy yang akan menjadi tumpuan kawalan keselamatan besar-besaran.
“Suasananya pasti tidak mudah kerana akan ada sekitar 10,000 orang di luar stadium dan hanya 5,000 hingga 6,000 di dalamnya.
“Kami mahu layak ke Piala Dunia dan saya lebih suka bermain di tempat sendiri di hadapan penyokong yang bersemangat seperti di Bergamo (ketika menang 5-0 ke atas Estonia) sebulan lalu," katanya.
Grab Cepat

Nike BIG Discount
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Grab Cepat