Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026: Australia ajar Indonesia erti bola sepak sebenar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

miller.jpg
Lima gol Australia menyaksikan Indonesia tersungkur di Stadium Allianz dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Indonesia yang melewati perubahan besar-besar menjelang aksi pusinga ketiga, dengan kehadiran lebih ramai pemain warisan serta kehadiran Patrick Kluivert hadir sebagai ketua jurulatih. 

Tuan rumah kelihatan gugup di awal permainan, membenarkan Indonesia mengawal rentak sehingga berjaya mendapatkan sepakan penalti -- Kevin Diks dipertanggungjawab untuk melunas jaringan, namun sepakannya sekadar menggegar tiang gol. 

Australia dihadiahkan sepakan penalti selepas Nathan Tjoe-A-On menjatuhkan pemain Australia dan Martin Boyle tenang melepaskan rembatan leret menewaskan Maarten Paes pada minit ke-18.
 

Tuan rumah unggul.

#TimnasDay#TimnasIndonesiaMandiri

— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) March 20, 2025


Indonesia terus dirundung malang apabila gerakan cemerlang Australia untuk mengatasi pertahanan terakhir menyaksikan Nishan Velupillay menewaskan Paes dalam situasi satu lawan satu dua minit kemudian. 
 

Australia menambah keunggulan.

#TimnasDay#TimnasIndonesiaMandiri

— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) March 20, 2025


45 minit pertama Indonesia terus berdepan kekecewaan apabila mereka dihambat gol ketiga perlawanan Australia pada minit ke-35 menerusi Jackson Irvine.

Bersambung dalam separuh masa kedua, Indonesia kian terdesak, menghasilkan deretan peluang demi peluang namun tiada hasil yang berjaya diperoleh. 

Gol keempat Australia hadir menerusi pemain pertahanan, tandukan kencang pada minit ke-61 sekali lagi membuatkan gawang Indonesia dibolosi.

Kealpaan barisan pertahanan Australia di penghujung permainan membenarkan Indonesia memperoleh gol saguhati menerusi Ole Romeny pada minit ke-78.

Bagi melengkapkan malam penuh gemilang Australia, Jackson Irvine sekali lagi bertindak sebagai penjaring gol pada minit ke-89 sekaligus meleburkan peluang kebangkitan Indonesia.
 

Advertisement

Must Watch Video