Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2022: Persiapan akhir skuad negara hadapi UAE

piala-dunia-malaysia-uae.jpg
Skuad Harimau Malaya menjalani latihan ringan di penginapan mereka, Palace of the Golden Horses, Bukit Jalil, pagi tadi dengan pemain bersikap tenang untuk menghadapi aksi getir malam ini. 

Skuad kebangsaan bakal menghadapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kedua Kumpulan G, pusingan kedua Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pertembungan itu dilabel paling mencabar dalam pusingan kedua itu memandangkan pasukan di ranking ke-65 berkenaan diangkat sebagai pencabar utama. 

Skuad negara ketika ini memiliki pasukan yang cukup bersedia selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, dalam aksi pertama, Khamis lalu. 

Perubahan strategi yang dicanangkan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, bagaimanapun kekal misteri berbanding perlawanan lalu. 

Ikuti laporan perlawanan selanjutnya dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini. 

Advertisement

Must Watch Video