Pengurus England, Gareth Southgate, mengesahkan bahawa Harry Kane akan mengisi kesebelasan utama untuk menghadapi Kosovo, awal pagi esok, tetapi menegaskan ketua pasukannya itu bukannya "tidak boleh digugurkan".
Penyerang Tottenham berkenaan melakar hatrik ketika skuad The Three Lions itu menundukkan Bulgaria 4-0 dalam kelayakan Euro 2020, kelmarin.
Jaringan itu dirakam selepas dia hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Belanda berikutan terlepas banyak perlawanan di peringkat akhir musim lalu akibat kecederaan.
Southgate merancang untuk merombak skuad kendaliannya dalam pertemuan Kumpulan A di St Mary's itu sambil mengatakan kualiti yang dimiliki Kane meletakkannya di kedudukan sukar untuk diketepikan sambil tonggak itu pasti akan mengelak daripada direhatkan menjelang pertemuan sulung kedua-dua pasukan di peringkat senior.
"Musim panas lalu, kami memutuskan bahawa dia belum bersedia lagi untuk memulakan perlawanan, jadi saya tidak fikir ada pemain yang tidak dapat dipinggirkan kerana itu satu tindakan berbahaya buat mana-mana pasukan dan ia bukan kedudukan yang sihat untuk pemain," jelasnya.
"Tetapi ia satu langkah selamat untuk mengatakan bahawa kami tidak akan merehatkannya untuk perlawanan esok.
"Tahap prestasinya begitu tinggi sehinggakan untuk mengetepikannya akan menjadi satu kejanggalan.
"Kami mungkin akan menyuntik sedikit kesegaran dalam pasukan, itu langkah yang penting. Tetapi semua pemain dalam keadaan cergas dan boleh diturunkan. Kami memerlukan keseimbangan pasukan.
"Kami perlu meletakkan pemain untuk menyerang dan bertahan yang tepat dalam memastikan kemenangan."
Southgate turut berwaspada dengan ancaman yang mampu dijelmakan pasukan di tangga kedua, Kosovo, yang mengecewakan Republik Czech dalam aksi Kumpulan A.
Beliau menambah: "Kami menjangkakan cabaran yang berbeza daripada Ahad lalu -- tetapi kami tidak sabar-sabar untuk menghadapi perlawanan ini.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat berbeza. Kosovo akan memberikan tekanan tinggi, bekerja keras, lebih mengancam ketika menyerang daripada yang apa kami hadapi sebelum ini.
"Mungkin akan ada lebih banyak ruang untuk bermain di bahagian depan. Apa yang kami pelajari daripada perlawanan kelmarin merupakan cabaran yang sangat berbeza."
Dalam masa sama, jurulatih berusia 49 tahun itu memuji pemain tengah, Declan Rice, mengenai caranya menangani kecaman di media sosial yang ditujukan kepadanyadan keluarganya selepas memutuskan untuk mewakili England daripada Republik Ireland.
Beliau berkata: "Apabila saya bercakap dengan Declan tentang kemungkinan dia mewakili negara berbeza, saya sedar ini boleh berlaku.
"Itulah sebabnya saya mahu tangani dengan sangat berhati-hati untuk memastikan dia dan keluarganya mempunyai masa yang cukup untuk membuat keputusan.
"Saya tidak pernah mendesaknya kerana saya mengesyaki bahawa ini akan menjadi sebahagian daripada akibatnya.
"Saya rasa dia telah menangani perkara ini dengan sangat matang."