SEPANYOL 4 KEPULAUAN FAROE 0
Robert Moreno mendedikasikan kemenangan 4-0 Sepanyol ke atas Kepulauan Faroe kepada jurulatih sebelumnya, Luis Enrique, yang melepaskan jawatan tersebut sebelum kematian anaknya pada penghujung bulan lalu.
Dua jaringan masing-masing daripada Rodrigo Moreno dan Paco Alcacer memastikan Sepanyol mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam Kumpulan F, kelayakan Euro 2020, sekali gus membantu jurulatih baru itu untuk meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan sejak mengambil alih kerusi panas berkenaan secara tetap.
Barisan pemain daripada kedua-duabelah pihak bertafakur selama seminit sebelum sepak mula awal pagi tadi sebagai tanda penghormatan kepada Enrique, yang dilahirkan di Gijon di mana perlawanan itu diadakan.
Moreno berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanan: "Ia menyedihkan saya untuk membincangkannya tetapi pasukan ini adalah hasil buah tangannya (Luis Enrique) berbanding orang lain.
"Ia satu tindakan yang tidak seberapa tetapi kami mahu mendedikasikannya, khususnya di sini, di El Molinon."
Selepas melihat pemain-pemainnya memaksa Kepulauan Faroe berkampung di kawasan sendiri dengan meletakkan 10 pemain sepanjang permainan, Moreno lantas memuji gol barisan penyerang La Roja.
"Saya sangat berpuas hati," katanya.
"Ia adalah satu keistimewaan untuk mempunyai pencetak gol seperti Alcacer yang sangat bagus di kawasan itu, namun Rodrigo menambah dua gol lagi. Sehubungan itu saya gembira kerana kedua-duanya berjaya meledak jaringan.
"Alcacer meningkatkan persaingan merebut tempat utama dan anda perlu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan (untuk bersaing)."
Moreno turut memberi penghormatan kepada Sergio Ramos, yang menyamai rekod Iker Casillas apabila melakukan penampilan ke-167 bersama Sepanyol, sambil berkata kemenangan itu yang diraih selepas beliau melakukan sembilan rombakan dalam kesebelasan utama setelah menumbangkan Romania 2-1, Jumaat lalu, meningkatkan lagi persaingan merebut tempat.
"Terdapat beberapa cara untuk terpilih dalam pasukan kebangsaan," katanya lagi.
"Pertama, dengan beraksi baik bersama kelab anda. Tampilkan permainan yang menarik dan lakukan yang terbaik ketika bermain untuk Sepanyol.
"Ia satu minggu yang bagus kerana ia akan meningkatkan persaingan dalam pasukan dan itu situasi yang sangat baik buat pasukan kebangsaan sungguhpun ia meningkatkan kesukaran kepada saya untuk membuat pilihan."