Gareth Bale berkata dia hanya membuang masa untuk mewakili Wales jika dia tidak yakin pasukan bimbingan Ryan Giggs itu mampu layak ke pusingan akhir Euro 2020.
Bale menyelamatkan maruah negaranya apabila golnya memastikan kemenangan 2-1 ke atas Azerbaijan, Sabtu lalu.
Kemenangan itu menyaksikan Wales kini mengumpul enam mata daripada empat perlawanan Kumpulan E dan walaupun kini menduduki tangga keempat, mereka hanya tiga mata di belakang pendahulu bersama, Croatia dan Hungary.
Slovakia pula menyamai mata Wales sebelum kedua-dua pasukan itu berentap dalam perlawanan getir pada 11 Oktober depan.
Sungguhpun mengakui skuadnya itu masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang cuba diterapkan Giggs, dia yakin mereka -- yang mara ke separuh akhir Euro 2016 -- mampu melayakkan diri ke pusingan akhir, yang akan diadakan di 12 negara berbeza, tahun depan.
"Sudah tentu saya tidak akan berada di sini jika tidak percaya kami mampu layak, saya tidak akan membuang masa," katanya dalam sidang media menjelang aksi persahabatan menentang Belarus, awal pagi esok.
"Saya suka mewakili negara. Saya suka mencuba untuk layak ke kejohanan utama dan pernah menikmati perasaan itu dalam Euro 2016. Ia membuatkan anda dahagakan kejayaan untuk sekali lagi melakukannya dan menempuhi perasaan yang serupa.
"Kami semua masih percaya sepenuhnya dan berharap orang ramai juga begitu selain memberikan kami semua sokongan yang diperlukan kerana mereka adalah pemain ke-12.
"Saya fikir kami masih berusaha untuk mencapai perkara-perkara yang dihajati untuk kami meningkatkan perlawanan. Kami berusaha menampilkan gaya permainan yang cuba diterapkan (Giggs), apa yang beliau mahu kami lakukan kadang-kadang memakan sedikit masa.
"Saya fikir sebab itulah adalah bagus untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Situasi perlawanan (sentiasa lebih sengit dan lebih sukar berbanding ketika kami melakukannya dalam latihan.
"Kami masih mahu mengekalkan mentaliti kemenangan dan membina momentum dengan memenangi aksi, itulah yang kami akan cuba lakukan."
Pemain berumur 30 tahun itu mengatasi rekod 32 jaringan terbanyak milik Ian Rush dengan kelebihan empat gol. Lantaran itu, penyerang Real Madrid tersebut mengakui dia memiliki misi dalam jaringan gol antarabangsa.
"Saya mempunyai sasaran tertentu yang bermain di minda tetapi ia hanyalah matlamat peribadi," kata kapten Wales itu.
"Jika saya mencapainya adalah bagus, tetapi jika tidak, tidak mengapa. Ia adalah sesuatu yang saya mahu lakukan tetapi perkara yang paling mustahak adalah untuk memenangi perlawanan buat negara serta memberikan peminat sesuatu untuk disorakkan."