Jadon Sancho mendedikasikan jaringan pertamanya bersama England buat mendiang neneknya selepas menyinar dalam kemenangan 5-3 ke atas Kosovo dalam saingan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.
England dikejutkan seawal minit pertama di Stadium St Mary tetapi Raheem Sterling memulakan kebangkitan untuk mendahului 5-1 sebelum rehat.
Sterling mencipta dua bantuan jaringan buat pemain sayap Borussia Dortmund, Sancho, untuk membolehkan pemain muda itu muncul pemain termuda menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan buat England sejak Wayne Rooney melakukannya pada 2004.
"Ia satu larian daripada Sterling, dia menemui saya dan saya menyudahkannya," kata Sancho.
"Ia memberi banyak makna buat saya dan keluarga, hari yang istimewa.
"Saya mendedikasikan jaringan itu kepada nenek yang menjadi peminat utama saya. Malangnya, dia sudah meninggal dunia."
Skuad kendalian Gareth Southgate itu memberi reaksi positif selepas kesilapan Michael Keane membolehkan Valon Berisha menjaringkan gol pertama daripada dua jaringan yang dihasilkan ketika permainan berusia 34 saat.
"Ia satu aksi yang gila. Saya gembira dapat jaringkan gol pertama buat England," tambah Sancho.
Selepas rehat, England melepaskan dua lagi gol dan Sancho sedar barisan pertahanan perlu meningkatkan prestasi walaupun meraih kemenangan dalam keempat-empat perlawanan Kumpulan A.
"Saya fikir kami bermula agak perlahan dalam babak kedua. Selepas ini, kami perlu belajar dan memperbaikinya."