SERBIA 2 PORTUGAL 4
Bruno Fernandes mencipta dua bantuan gol sambil Cristiano Ronaldo dan Bernardo Silva masing-masing meledak jaringan lewat permainan ketika Portugal membenam Serbia 4-2 dalam perlawanan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.
Sementara itu, juara bertahan itu dilanda perkhabaran buruk berikutan Nelson Semedo ditimpa kecederaan.
Selepas dua kali seri dalam perlawanan awal, termasuk diikat lawan yang sama 1-1 pada Mac lalu, Portugal akhirnya meraih kemenangan sulung dalam Kumpulan B dalam aksi di Stadium Rajko Mitic itu.
Jaringan William Carvalho menutup separuh masa pertama sebelum dilebarkan Goncalo Guedes selepas waktu rehat meletakkan mereka dalam kawalan tetapi kecederaan yang menimpa pertahanan Barcelona, Semedo, ekoran terjahan Aleksandar Kolarov telah mengganggu rentak permainan mereka.
Jaringan antarabangsa pertama Nikola Milenkovic mencetus harapan buat tuan rumah sebelum hasrat kebangkitan itu dipadamkan Ronaldo dan Silva biarpun rembatan deras Aleksandar Mitrovic sempat menjadikan kedudukan 1-3, sekali gus melonjakkan pelawat ke tangga kedua.
Anak buah Fernando Santos itu sekali lagi akan bermain di gelanggang lawan untuk menghadapi Lithuania dalam usaha menghambat pendahulu, Ukraine, yang kini mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan.