Ketua pasukan Perancis, Hugo Lloris, menyokong rakan sepasukannya yang lain untuk mengisi jurang yang ditinggalkan oleh penyerang yang tercedera, Kylian Mbappe, menjelang perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Albania, awal pagi esok.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu terpinggir sebulan susulan menderita kecederaan hamstring dalam kemenangan 4-0 kelabnya ke atas Toulouse, bulan lalu.
Justeru, jurulatih Perancis, Didier Deschamp, bersedia untuk menaruh kepercayaan kepada kedua-dua penggempur, Olivier Giroud dan Antoine Griezmann, untuk pertemuan Kumpulan H itu selain turut memiliki penyerang Lille, Jonathan Ikone.
Penjaga gol Tottenham, Lloris, turut percaya sesiapa yang masuk akan dapat menyerlah bersama skuad Les Bleus itu.
"Dengan adanya Kylian, kami boleh bergantung kepada kualiti individu dan kelajuannya di sebelah (sayap) kanan atau di bahagian depan," kata Lloris.
"Kami boleh bergantung kepada pengalaman yang dimiliki pemain seperti Griezmann dan Giroud di jentera serangan bagi memastikan corak serangan kami berjalan lancar.
"Apabila kami menyarung jersi pasukan kebangsaan, dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Perancis, ada kewajipan untuk mendapatkan keputusan (memberangsangkan). Lebih-lebih lagi dalam fasa kelayakan ini kerana tiada ruang untuk kami membuat sebarang kesilapan."
Juara dunia itu bakal menghadapi Albania di Stade de France dengan kesedaran bahawa kegagalan untuk memastikan kemenangan akan merangsang pasukan lain dalam Kumpulan H itu.
Perancis berada di puncak kumpulan menerusi perbezaan gol tetapi tiga pasukan di tangga kedua (Turki, Iceland dan Albania) kini terikat dengan sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Mbappe bukanlah satu-satunya tonggak berprofil tinggi yang dalam senarai kecederaan berikutan Paul Pogba, N'Golo Kante, Anthony Martial, Ousmane Dembele, Dimitri Payet dan Alexandre Lacazette turut tersisih.
"Kami kehilangan ramai pemain, beberapa orang antaranya merupakan tonggak penting," kata Deschamps.
"Saya mempunyai pilihan lain, tidak semestinya dengan profil yang sama tetapi kami akan terus berusaha dengan baik.
"Kami telah mengalami kekalahan di Turki pada Jun lalu tetapi masih ada enam perlawanan yang tersisa.
"Kami tahu apa yang perlu dilakukan, kami harus menang melawan Albania."