Kepa Arrizabalaga bukannya penjaga gol utama Sepanyol yang tidak boleh digugat, kata ketua jurulatih, Robert Moreno.
Penjaga gawang Chelsea itu telah memulakan keempat-empat perlawanan untuk pasukan kebangsaan sejak Moreno mengambil alih tugasan daripada Luis Enrique, Mac lalu.
Pemain Manchester United, David de Gea, sebelum ini memainkan peranan terbabit tetapi prestasi buruknya dalam Piala Dunia selain kempen mengecewakan di kelab musim lalu telah menjejaskan tempatnya dalam kesebelasan utama.
Kepa tangkas menyelamatkan satu percubaan pada masa kecederaan dalam kemenangan 2-1 ke atas Romania ketika perlawanan kelayakan Euro 2020, Jumaat lalu, untuk memastikan rekod sempurna La Roja dalam lima perlawanan Kumpulan F.
Namun, Moreno enggan mengesahkan bahawa Kepa akan sekali lagi menjadi sandaran ketika menyambung kempen mereka, awal pagi esok, dengan menyambut kunjungan Kepulauan Faroe sambil menegaskan bahawa dia tidak semestinya menjadi pilihan nombor satu.
"Saya tidak mempunyai penjaga gol pilihan utama," katanya dalam sidang media malam tadi.
"Mungkin ya atau mungkin tidak akan ada perubahan.
"Saya mempunyai pesanan yang sama. Ketiga-tiganya (pemain Roma, Pau Lopez, membentuk trio itu) di tahap tertinggi dan saya benar-benar mahukan mereka untuk meletakkan saya dalam situasi sukar dalam membuat keputusan.
"Ketiga-tiganya telah dilatih di tahap yang sangat tinggi, saya tidak akan mengatakan salah seorang merupakan penjaga gol pilihan saya mahupun tidak."
Dengan Sepanyol mempunyai rekod 100 peratus menerusi lima perlawanan Kumpulan F itu, lawan mereka selepas ini pula tewas kesemua perlawanan.
Bagaimanapun, Moreno pantas menolak cadangan bahawa satu keputusan besar bakal dirakam di Gijon apabila menegaskan skuad bimbingan Lars Olsen itu akan diberi "penghormatan maksimum".
"Kami harus bersikap jujur dan mengatakan bahawa setiap pasukan wajar dihormati," katanya.
"Berfikir untuk menjaringkan enam gol bukanlah satu permainan bola sepak. Kami akan cuba menjaringkan gol dan selepas itu, jika boleh, mendapatkan satu lagi jaringan tetapi kami perlu sentiasa memberikan penghormatan maksimum."