Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2020: Keberkesanan Coman buat Deschamps gembira

coman.jpg
Pengendali Perancis, Didier Deschamps, memuji keberkesanan yang dipamerkan Kingsley Coman selepas menghasilkan jaringan susulan kemenangan 3-0 ke atas Andorra dalam saingan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Pemain sayap Bayern Munich itu menjaringkan gol buat kali pertama untuk Les Bleus dalam kemenangan 4-1 ke atas Albania, Sabtu lalu, selepas kali terakhir melakukannya pada Mac 2016.

Dia meneruskan kecemerlangan itu dengan jaringan pembukaan ketika menentang Andorra sambil mengukuhkan tempat dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Iceland dan pendahulu Kumpulan H, Turki, bulan depan.

"Saya telah memberitahu anda bahawa Coman menambah keberkesanan sejak musim lalu," ujar Deschamps.

"Gelecek, mencipta bahaya, dia tahu melakukannya. Melihat dia beraksi seperti ini, ia bagus buat saya.

"Dalam sebulan, saya akan membuat pilihan tetapi saya gembira buatnya. Dia memerlukannya. Apa yang telah dia lakukan dalam dua perlawanan setaraf dengan sumbangannya buat kelab kebelakangan ini."

Perancis dilihat mensia-siakan deretan peluang ketika berdepan lawan yang jauh 133 tangga berbanding mereka dalam ranking FIFA -- termasuk sepakan penalti yang gagal disempurnakan Antoine Griezmann -- tetapi Deschamps tidak mahu terlalu berkeras dengan pemainnya selepas perlawanan.

"Ia bagus walaupun kemenangan patut lebih besar memandangkan jumlah peluang yang kami raih," tambahnya.

"Kami melakukan apa yang perlu dalam aksi bagi bulan ini. Kami perlu mendapatkan enam mata. Enam mata memang bagus tetapi dua perlawanan seterusnya juga penting."

Advertisement

Must Watch Video