Penyerang Real Madrid, Luka Jovic, dilepaskan daripada tugasan antarabangsa ekoran kecederaan yang belum ditentukan bersama Serbia.
Penggempur berumur 21 tahun itu bergelut dalam permulaan musimnya di Madrid. Sehubungan itu, satu lagi masalah kecederaan dilihat mampu mengganggu rentak bekas bintang Eintracht Frankfurt berkenaan.
Jovic hanya memanaskan bangku simpanan dalam kekalahan 2-4 kepada Portugal, semalam, sebelum Persekutuan Bolasepak Serbia (FSS) mengesahkan dia dibelenggu kecederaan, sehari kemudian.
Maklumat terperinci mengenai kecederaan itu bagaimanapun tidak didedahkan, dengan FSS mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan pemain itu sebenarnya sudah pun bergelut dengan masalah terbabit sebelum melaporkan diri dengan pasukan kebangsaan.
Jovic terlepas kempen pra-musim yang lalu akibat kecederaan, namun sama ada ia berkait rapat dengan masalah terbarunya itu belum dapat dipastikan.
Justeru, dia tidak akan terbabit dalam rombongan ke Luxembourg untuk perlawanan kelayakan Euro 2020, awal pagi Rabu ini, di samping mungkin dalam keraguan untuk kunjungan Real Madrid ke Levante, empat hari kemudian.