FINLAND 1 ITALI 2
Roberto Mancini menganggap Itali sengaja mengundang masalah ketika menundukkan Finland 2-1 dalam perlawanan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.
Gol antarabangsa pertama daripada Ciro Immobile dalam tempoh dua tahun pada minit ke-59 membolehkan mereka untuk mendahului permainan sebelum Teemu Pukki mengimbangi kedudukan menerusi sepakan penalti ketika permainan berbaki 18 minit.
Jorginho memastikan kemenangan keenam pelawat untuk rekod bersih dalam kempen Kumpulan J apabila menyelesaikan satu lagi tendangan penalti pada minit ke-79.
Biarpun gembira menyaksikan skuadnya sekali lagi meraih tiga mata, ketua jurulatih, Mancini, berkata pasukannya seharusnya mengawal tempo permainan dengan lebih baik.
"Ada sedikit penderitaan tetapi kami sendiri yang mengundang masalah," katanya kepada Rai Sport.
"Kami mendominasi permainan dan mudah kehilangan bola. Secara keseluruhan, kami beraksi baik walaupun kami berdepan beberapa ancaman pada kedudukan 1-1.
"Kami harus terus cuba memperbaiki permainan untuk menjadikan kami lebih ampuh. Ia sesuatu yang positif untuk menang di tempat lawan dengan membuat lima perubahan berbanding perlawanan terakhir, jadi kami mempunyai ramai pemain berbakat untuk diketengahkan.
"Tujuan kami adalah untuk sentiasa menyerang, maka secara semula jadi, ia akan mendorong kami untuk melakukan beberapa kesilapan. Kami menghadiahkan penalti dalam situasi yang tidak sepatutnya.
"Oleh itu, pihak lawan mencetuskan tekanan tetapi kami kembali di depan, jadi ia adalah satu persembahan yang baik," tambahnya.
Jaringan Immobile buat Azzurri itu hadir selepas kali terakhir dia menemui sentuhan penyudah ketika menentang Israel pada September 2017.
Penyerang Lazio berkenaan mengakui ketandusan gol sering bermain di fikirannya tetapi menjelaskan ketenangan merupakan kunci utama kepadanya untuk kembali menyumbat gol di peringkat antarabangsa.
"Ia satu situasi yang amat berat bagi saya apabila tidak menjaringkan gol dalam jersi ini," katanya.
"Banyak yang diperkatakan dalam tempoh dua tahun yang lalu tetapi saya tetap tenang kerana sedar masanya akan tiba jua.
"Ramai yang sering cuba mencetuskan kontroversi di sekeliling saya, termasuk hubungan saya dengan jurulatih, tetapi hakikatnya tiada masalah.
"Bukan mudah untuk merakam kemenangan di sini tetapi selepas kekecewaan (gagal layak ke) Piala Dunia (2018), kami kembali ke landasan sebenar."