ENGLAND 4 BULGARIA 0
Penyerang England, Harry Kane, menganggap ketepatan sepakan penaltinya adalah hasil latihan yang berterusan.
Pemain berusia 26 tahun itu melakar jaringan hatrik, awal pagi tadi, dengan dua daripadanya terhasil daripada situasi berkenaan ketika England mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Bulgaria untuk merakam tiga kemenangan daripada tiga perlawanan kelayakan Euro 2020.
Skuad asuhan Gareth Southgate itu, bagaimanapun, mengambil sedikit masa untuk menemui rentak permainan, namun memulakan kemenangan bersih dalam kempen Kumpulan A itu sebaik ketua pasukan skuad The Three Lions itu membuka tirai jaringan menerusi gol padang pada minit ke-24.
Kane kemudian menokok jaringan tiga minit memasuki babak kedua melalui sepakan penalti, disusuli bantuan jaringan kepada Raheem Sterling (m-55) sebelum melengkapkan hatriknya, sekali lagi melalui situasi selepas pemain berusia 26 tahun itu dijatuhkan Kristian Dimitrov.
Dia menyudahkan tendangannya tanpa memberi peluang kepada penjaga gol Bulgaria, Plamen Iliev, sehingga mendorong penyerang Tottenham berkenaan untuk menjelaskan bahawa ketepatan sepakannya dari jarak 12 ela adalah hasil daripada latihan yang berterusan.
Apabila ditanya mengapa sepakannya begitu tepat, Kane memberitahu ITV: "Kerja keras, latihan.
"Kami sering melakukannya sepanjang minggu ini dan sehari menjelang perlawanan, saya dan beberapa pemain lain lagi akan menggandakan sepakan itu."
Ditanya mengenai berapa banyak penalti yang diamalkannya setiap hari, Kane menambah: "Jika pada hari tertentu saya dalam keadaan yang baik, maka ia boleh menjadi 10 atau 15, ia bergantung kepada perasaan saya pada hari itu.
"Dalam sebuah pasukan seperti ini yang memiliki ramai pemain handalan, kami akan sentiasa dihadiahkan penalti, jadi sesiapa yang berada di padang harus bersedia untuk melaksanakannya."
Gareth Southgate sangat gembira sambil menghamburkan pujiannya terhadap keupayaan penalti Kane dengan mengatakan bahawa penjaga gol berpeluang tipis untuk mengekang kecemerlangan tekniknya.
"Dia mempunyai proses yang luar biasa," kata jurulatih England itu. "Kami menyaksikan dia melakukannya setiap hari. Dia banyak berlatih mengenainya semalam, jadi kami sangat yakin ketika kami duduk di bangku simpanan.
"Ia satu contoh yang bijak buat anak muda untuk menguasai teknik kerana anda boleh melihat ketenangannya sehingga sukar bagi penjaga gol untuk mengagak ke mana arah tendangannya."
England bakal berdepan Kosovo dalam aksi ujian, awal Rabu ini.