WALES 2 AZERBAIJAN 1
Ryan Giggs tidak menganggap kemenangan tipis 2-1 Wales ke atas Azerbaijan sesuatu yang perlu diperbesarkan sambil mengingatkan kepada barisan pengkritik bahawa finalis Piala Dunia, Croatia, hanya mampu menumbangkan skuad kendalian Nikola Jurcevic itu dengan keputusan yang sama.
Wales menguasai sebahagian besar perlawanan kelayakan Euro 2020 di Stadium Cardiff City itu, awal pagi tadi, apabila mendahului perlawanan biarpun beraksi longlai dalam babak pertama yang menyaksikan percubaan awal Gareth Bale terbias sehingga mengelirukan penjaga gawang sebelum disudahkan Pavlo Pashayev.
Azerbaijan menyamakan kedudukan sebelum perlawanan melewati sejam selepas Neil Taylor kehilangan bola kepada Ramil Sheydaev untuk membuat hantaran kepada Mahir Emreli, sebelum pemain itu menyudahkan bola muntah yang dihasilkan Wayne Hennessey.
Wales bernasib baik apabila Bale -- yang beraksi hambar -- menyumbat gol kemenangan ketika enam minit menuju pemberhentian masa.
Penyokong Wales bersikap sangat kritikal terhadap Giggs dalam beberapa bulan kebelakangan ini, namun beliau tenang dengan kegusaran yang disuarakan ekoran persembahan awal pagi tadi dengan mengingatkan keputusan sama yang diraih Croatia.
"Jaringan (Bale) sangat bermakna -- kami memerlukan kemenangan ini tanpa mempedulikan bagaimana kami meraihnya," kata Giggs.
"Sudah tentu kami mahu beraksi dengan baik, menjaringkan banyak gol, tetapi kadang-kadang bola sepak seperti ini.
"Anda perlu menunjukkan karakter. Barisan pemain telah bekerja keras. Ia keputusan yang sama seperti dirakam Croatia ketika menewaskan Azerbaijan di tempat sendiri. Oleh itu, mereka bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditentang, mereka bagus dalam soal serangan balas.
"Malam ini (awal pagi tadi), kami tidak mahu mencipta sebarang alasan dan akur permainan kami tiada kemahuan. Kami perlu bermain dengan lebih baik lagi, menunjukkan watak yang sama selain perlu menguasai bola dengan lebih baik lagi."
Walaupun mendominasi, tuan rumah bergelut untuk mencipta peluang dan mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, namun Giggs menegaskan bahawa beliau sedar apa yang berlaku.
"Kami gagal mengikuti perancangan dalam babak pertama," tambahnya.
"Apabila kami melakukannya, kami kelihatan berbahaya.
"Kami mencipta peluang dan ruang tetapi kami terlalu gopoh berbanding membuatkan Azerbaijan menghambat kami.
"Apabila kami membuatkan mereka berlari, maka bola perlu dihantar dengan lebih cepat, iaitu ketika ruang terhidang.
"Terdapat ramai pemain yang gagal menyerlah tetapi kami bekerja keras. Saya tidak boleh menyalahkan cara mereka bekerja, mereka mempamerkan karakter kerana ia bukannya mudah. Saya gembira dengan karakter yang ditunjukkan mereka."
Keputusan itu meletakkan Wales di tangga ketiga Kumpulan E, tiga mata di belakang dua pasukan teratas, Hungary dan Croatia.