Skip to main content

Bola Sepak

Kekurangan import bukan ukuran -- Marcote

ramon-marcote_1.jpg
Kejayaan malam tadi sudah cukup untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) memberi isyarat amaran kepada semua pasukan bertanding bahawa mereka bakal meneruskan rentak konsisten dalam setiap perlawanan selepas ini. 

Jurulatihnya, Ulisses Morais, menegaskan apa yang penting adalah kutipan tiga mata penuh sambil kesilapan beberapa pemain utamanya tidak lagi menjadi perkara untuk dibincangkan. 

"Kami tewas dan menang bersama, kesilapan berlaku dan pastinya saya tidak suka dengan kesilapan tetapi keputusan akhir menggembirakan saya.

"Apa yang penting, mereka tahu apa yang perlu dilakukan selepas melakukan kesilapan," kata jurulatih berbangsa Portugis itu. 

Sementara itu, jurulatih Kedah, Ramon Marcote, enggan menjadikan kekurangan tenaga import sebagai alasan kegagalan Kedah. 

Dengan skuad Harimau Selatan itu menggunakan kelima-lima import mereka, Marcote tidak mahu berasa kerdil dengan kudrat yang ditampilkan tiga import mereka, iaitu Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Pablo Marzo. 

"Saya tidak mahu berdalih. 

"Meskipun dengan tiga pemain import, kami perlu berjuang bersama pemain tempatan yang ada.

"Kami datang ke sini untuk menang dan itulah sasaran kami. Saya perlu akui JDT pasukan yang lebih baik malam ini (tadi)," kata Marcote. 
 

Advertisement

Must Watch Video