Skip to main content

Bola Sepak

Kekalkan Kim Swee satu tindakan tepat

kim-swee_1.jpg
Pemerhati bola sepak negara, Shahril Arsat, menyifatkan keputusan Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) melanjutkan kontrak pengendali skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, untuk tempoh dua tahun sebagai keputusan tepat bagi meneruskan kemajuan pemain di peringkat umur berkenaan.


Semalam, khidmat Kim Swee dilaporkan kekal sehingga 2019 selepas mendapat perkenan
Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
Perkara itu membolehkan Kim Swee meneruskan perancangannya terhadap skuad muda negara
untuk menghadapi beberapa misi penting selepas ini.

“Bagi saya, Kim Swee adalah pilihan yang sesuai untuk pemain-pemain muda kerana dia memiliki
pengalaman serta ditambah dengan ilmunya dalam mengenal pasti pemain-pemain muda untuk
berkembang,” kata Shahril.

Selain Kejohanan AFC di China pada Januari depan, Kim Swee juga berdepan dua tugasan besar
sepanjang khidmatnya nanti.

Ia melibatkan Sukan Asia Indonesia 2018 dan Sukan SEA Filipina 2019, yang bakal menyaksikan
penampilan kelimanya dalam temasya dwitahunan itu sejak 2011.

“Kami ingin mencapai peringkat yang lebih tinggi dan dari situ, kami dapat mengetahui kekuatan
sebenar kami.

“Layak ke peringkat AFC secara konsisten adalah salah satu sasaran utama kami di samping
memperbaiki setiap kelemahan dalam semua aspek,” ujar Kim Swee.

Advertisement

Must Watch Video