Ketua jurulatih skuad B-23 negara, E Elavarasan, tidak mahu mendabik dada selepas melakar permulaan sempurna menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi Kumpulan B, Kejohanan AFF B-23 di Stadium Rayong Provincial, Thailand malam tadi.
Sebaliknya, Elavarasan menyifatkan faktor tuah dan nasib menyebelahi pasukannya untuk menundukkan juara Sukan SEA itu.
"Sudah tentu kami menghormati Indonesia kerana mereka juara Sukan SEA.
"Kami tahu mereka juga mempunyai masalah sama seperti yang Harimau Muda hadapi, iaitu tidak dapat membawa skuad terbaik.
"Indonesia mempunyai pengalaman, mereka mengawal perlawanan tetapi kami bernasib baik kerana dalam separuh masa kedua, kami dapat peluang yang baik untuk jaringkan gol.
"Usaha keras pemain juga menyumbang kepada kemenangan ini. Selepas ketinggalan, mereka menunjukkan karakter untuk bangkit," katanya selepas perlawanan itu.
Dalam perlawanan itu, Indonesia terlebih dahulu menghukum barisan pertahanan negara menerusi jaringan Muhammad Ramadhan Sananta pada minit ke-29.
Tindakan Elavarasan memasukkan Fergus Tierney dalam separuh masa kedua membuahkan hasil apabila pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II) itu meledak dua gol untuk membantu kemenangan Harimau Muda.
Dalam pada itu, Elavarasan memuji impak yang ditunjukkan Tierney dan percaya pemain itu akan memberikan lebih banyak sumbangan untuk pasukan sepanjang kejohanan tersebut.
Menurutnya, ia juga membuktikan JDT telah menghasilkan ramai pemain berkualiti dan amat berguna untuk membantu pasukan negara.
"Tierney bermain dengan pasukan hebat iaitu JDT, jadi dia didedahkan dengan banyak perkara di sana," katanya.
Sementara itu, penyerang muda negara, Tierney, berkata Harimau Muda akan terus berjuang sedaya upaya untuk memenuhi sasaran mara ke final dan menjuarai kejohanan tersebut.
"Kami nak menang. Setiap perlawanan kami nak menang dan mahu jadi juara.
"Kami mahu terus melangkah ke depan," katanya selepas perlawanan itu.
Tierney, yang masuk sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua, muncul wira apabila meledak dua gol untuk memastikan langkah kanan Harimau Muda dalam kejohanan itu.
Dalam pada itu, pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II) itu juga mengakui taktikal yang direncana pengendali. Elavarasan, untuk memasukannya dalam babak kedua membuahkan hasil.
"Dari permulaan (apabila diundi dalam kumpulan) bersama Indonesia dan Timor Leste, ia akan jadi kumpulan yang sukar.
"Tetapi saya dan pemain lain percaya dengan pasukan ini dan akhirnya kami berjaya meraih kemenangan ini.
"Sebelum perlawanan, jurulatih beritahu saya bahawa saya perlu bersedia untuk masuk dalam separuh masa kedua bagi berikan impak kepada bahagian serangan.
"Jurulatih mempunyai perancangan yang baik dan ternyata keputusan itu adalah idea yang bagus dan menjadi dalam perlawanan ini," katanya.
Kemenangan ke atas Indonesia meletakkan Harimau Muda di kedudukan teratas Kumpulan B dan dijadualkan menentang Timor Leste dalam aksi terakhir Kumpulan B pada Selasa ini.
Kredit: Sinar Harian