Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-22: Malaysia dalam kumpulan maut

oks.jpg
Saingan Kumpulan B, Kejohanan AFF B-22 diibaratkan sebagai kumpulan maut ketika Malaysia, Indonesia, Myanmar dan tuan rumah, Kemboja, memburu slot kelayakan ke separuh akhir.

Senario itu memberi gambaran kepada laluan berliku yang bakal dihadapi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang akan memulakan kempen di Phnom Penh menentang Kemboja, Isnin ini.

Berbanding Malaysia yang melalui persiapan secara sederhana, seteru lain seperti Indonesia dan Myanmar yang kini dikendalikan bekas ketua jurulatih Kelantan, Velizar Popov, diberi segala keperluan oleh badan induk mereka untuk muncul juara.

"Saya tidak rasa ada sebarang pasukan hadir selaku pilihan dalam kumpulan ini. Kami tahu Kemboja melakukan persiapan terbaik. Kami hanya mahu melangkah sejauh mungkin dan apa yang penting, kami mempamerkan aksi terbaik," ujar Kim Swee.

"Dalam lima tahun terakhir, perkembangan skuad muda kami begitu baik dan ia hasil daripada pembinaan tersebut. Saya rasa semua pasukan perlu diberikan perhatian dengan baik," kata pengendali Indonesia, Indra Sjafri.

"Saya rasa kumpulan kami sangat kompetitif. Di atas kertas, mungkin Kemboja mempunyai kelebihan, begitu juga Malaysia. Namun, kami akan cuba yang terbaik," tambah Popov.

Advertisement

Must Watch Video