Jurulatih skuad B-18 tahun negara, Brad Maloney, tidak mahu anak buahnya terkesan dengan permainan psikologi pasukan tuan rumah, Vietnam, sebaliknya mahu barisan negara menganggap hal itu sebagai pembakar semangat menjelang aksi di Stadium Thong Nhat, malam ini.
Turun tanpa gambaran jelas kondisi padang dan keadaan sebenar di stadium, jurulatih kelahiran Australia itu menganggap ia sebagai permainan licik penganjur demi kepentingan pasukan negara mereka dalam Kejohanan AFF B-18 itu.
Jelas, tindakan berkenaan melambangkan kegusaran ketara Vietnam yang bakal bertemu skuad remaja negara selaku juara bertahan, kurang beberapa jam dari sekarang.
Tegas Maloney, ia adalah tidak wajar tatkala pihak lawan yang diberi kelonggaran untuk menjalani latihan di venue perlawanan manakala semalam, Malaysia hanya diberi padang biasa untuk menjalani sesi latihan rasmi.
"Malangnya kami tidak berkesempatan untuk menguji padang perlawanan.
"Tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan melainkan meneruskan persiapan," katanya.
Tambahnya, anak buahnya tenang dengan apa jua situasi, apatah lagi majoriti pemain negara bakal berdepan pengalaman pertama yang melibatkan jangkaan jumlah penonton yang ramai.
"Saya mahu melihat pemain saya menjadi diri sendiri serta menikmati permainan.
"Saya mempunyai beberapa pemain yang kerap beraksi bersama skuad B-16 tahun lalu selain memiliki beberapa pemain yang belum pernah beraksi di peringkat antarabangsa seperti ini.
"Saya pasti mereka akan meningkatkan prestasi sebaik sepak mula," katanya.
Beliau turut menegaskan pemilihan kesebelasan utama adalah penting kerana momentum yang bakal dibawa dalam aksi pertama mampu menjadi bekalan untuk perlawanan seterusnya.