Ketua pasukan skuad B-18 negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil, mengakui aksi berdepan Vietnam di Stadium Thong Nhat malam tadi gagal memenuhi tuntutan jurulatih negara, Brad Maloney.
Ada kesukaran yang cuba diterjemahkan Firdaus selepas pergelutan ketara dilalui skuad remaja negara dalam aksi pertama itu.
Menurutnya, pembentukan skuad B-18 negara masih belum mencapai keserasian terbaik selain cetek pengalaman dalam aksi kompetitif yang menyumbang kelebihan buat tuan rumah.
"Kami perlu perbaiki komunikasi antara satu sama yang lain dan perlu lebih tajam ketika menyerang.
"Kami akan mengambil iktibar daripada kekalahan ini," katanya.
Malaysia memulakan kesebelasan utama dengan menampilkan tujuh pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dua pemain dari Sabah dan Terengganu selain Firdaus muncul satu-satunya wakil tunggal daripada edisi lalu.
Namun, pujian harus diberi kepada penjaga gol itu yang banyak mematahkan asakan Vietnam.
"Kami ada banyak masa lagi, kami akan bangkit dalam perlawanan seterusnya," katanya.