Pemain Kuala Lumpur City, Paulo Josue, mengakui terkilan dan masih tidak mampu menerima keputusan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, untuk mengundur diri daripada skuad kebangsaan.
Ini berikutan pengendali itu merupakan individu pertama yang memberikan kepercayaan dan peluang kepadanya untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada 2023, ketika menentang Turkmenistan.
Namun, pemain berusia 35 tahun itu percaya tiada masalah untuk kekal meletakkan harapan tinggi beraksi di pentas piala dunia kerana perkembangan positif yang bakal dilakukan oleh ketua jurulatih baru mampu merealisasikan impian tersebut.
"Saya berasa sedih, dia merupakan jurulatih pertama yang memberikan peluang kepada saya untuk bermain bersama skuad kebangsaan.
"Saya menghargai dapat beraksi di bawah kendalian dia, jadi saya rasa ia satu ketiadaannya satu kehilangan yang besar buat Malaysia. Saya berharap dia berjaya walaupun dimana dia berada." katanya kepada Nadi Arena.

Ranking Harimau Malaya | 18 Julai 2024
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 18, 2024
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 134 dunia, berjaya melonjak naik 1 anak tangga berbanding 135 pada kemas kini terdahulu, 20 Jun 2024.
* Kemas kini seterusnya 19 Sept 2024#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/vcZ75A4tmW