Mauricio Pochettino percaya dia telah membuktikan kredibilitinya sebagai pengurus Tottenham Hotspur selepas berjaya membimbing kelab itu ke pentas Liga Juara-Juara.
Spurs menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dan kini menduduki tangga kedua liga -- hanya empat mata di belakang pendahulu, Chelsea.
Meskipun Pochettino ingin membimbing Tottenham meraih gelaran liga atau Piala FA -- menjelang pertembungan separuh akhir dengan Chelsea -- dia menegaskan kelompok empat terbaik mewakili kejayaan kepada kelab itu.
"Di sini, di Tottenham, ia adalah satu kejayaan besar," katanya menjelang perlawanan Piala FA, malam ini.
"Ya, anda boleh memenangi gelaran. Tetapi dengan pasukan mana? Adalah perkara biasa untuk memenangi kejuaraan bersama Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, dan mungkin Juventus dan Porto di Portugal.
"Dengan pasukan besar, anda begitu hampir memenangi trofi. Lihatlah Barcelona dengan Pep (Guardiola), Tito Vilanova, Frank Rijkaard dan Luis Enrique -- kesemuanya adalah pengurus berbeza tetapi dengan kumpulan pemain yang sama, mereka berjaya.
"Kejayaan bagi saya adalah untuk meraih tempat di kedudukan empat teratas. Ia merupakan satu kejayaan besar bagi Tottenham dan itu membawa erti lebih besar daripada memenangi gelaran dengan Barcelona.
"Saya mengimpikan untuk menjulang trofi seperti yang saya lakukan di Espanyol: meraih dua gelaran Copa del Rey bersama Espanyol.
"Itulah sebabnya saya mengagumi Diego Simeone di Atletico Madrid. Sukar untuk menang bersama Atletico Madrid. Namun, dia harus diberi lebih pujian berbanding pengurus lain."
Begitupun, Pochettino tetap mendambakan trofi dengan berkata Spurs mempunyai cita-cita untuk berbuat demikian.
"Di Spurs, anda seorang pengurus yang sentiasa seperti pemain yang mahukan trofi," katanya. "Kami akan mencapainya, kami bercita-cita tinggi.
"Tetapi bagi saya, kejayaan bukan sahaja untuk meraih kejuaraan. Bagaimana cara anda meraih gelaran adalah lebih penting.
"Keinginan saya untuk menjulang kejuaraan tidak pernah berubah.
"Tetapi, saya sukakan cabaran. Jika anda memenangi gelaran dengan tidak berbelanja besar dan masih memberikan cabaran hebat, itulah yang saya paling suka.
"Jika kami boleh memenangi liga atau Piala FA mahupun menduduki kedudukan empat teratas, saya fikir ia adalah satu pencapaian besar bagi pasukan."