LIGA INGGERIS
Kecederaan Maguire cetus resah Manchester United
Harry Maguire mungkin tercicir dalam rombongan Manchester United menghadapi Villareal untuk penentuan gelaran Liga Europa musim ini.
Pertahanan itu disahkan mengalami masalah ligamen pergelangan kaki ketika menghadapi Aston Villa, tetapi Ole Gunnar Solskjaer tetap optimis anak buahnya tersebut sempat pulih untuk menghadapi wakil Sepanyol berkenaan.
Bek tengah England itu kelihatan tercedera selepas berebut bola dengan Anwar El Ghazi dalam kemenangan 3-1 hujung minggu lalu lalu terpaksa digantikan dengan Eric Bailly pada minit ke-78.
Iklan
Pada awalnya Solskjaer tidak jelas berapa lama The Red Devils akan kehilangan khidmatnya, namun Maguire menunjukkan potensi bahawa dia akan cergas sebelum kunjungan Leicester City yang berkesudahan 1-2 awal pagi tadi.
Maguire, bagaimanapun, diberi ruang untuk pulih ketika mereka menghadapi bekas kelabnya itu.
Satu kenyataan di laman sesawang United melaporkan pemain itu juga mungkin terlepas baki saingan liga musim ini selain kesuntukan masa untuk pulih menjelang perhitungan final Liga Europa di Poland, 27 Mei depan.
— Manchester United (@ManUtd) May 11, 2021
Solskjaer menegaskan dia tetap optimis walaupun tidak dapat memberi jaminan Maguire akan tampil di Gdansk.
"Dia masih perlu menjalani pemeriksaan dan perkhabaran menariknya ialah tiada sebarang tulangnya yang patah.
"Terdapat ligamen terkoyak, mudah-mudahan kami dapat menurunkannya lagi musim ini. Mudah-mudahan, dia akan bersedia ke final."
Maguire beraksi dalam setiap minit EPL sejak tiba dari Leicester sebelum terpaksa dikeluarkan Ahad lalu.
Selepas tampil 71 perlawanan berturut-turut, dia kini sebaris dengan Gary Pallister -- secara kebetulan juga rentak pertahanan itu berakhir selepas ditimpa kecederaan di Villa Park pada musim 1995-96.
Must-Watch Video